Saturday, 18 May 2013

SELAMAT HARI PENDIDIK :)

A'ssalamualaikum, jawab sayang and dapat pahala tau :) hehehe

Sebelum kite bebel dengan lebih lanjut, nak cerita ckit pasal hari guru nie? korang tahu tak sejarah pasal hari guru nie? *mostly mesti tak tahu kan? baik jangan tipu..sebab aku pn baru tahu. HUA HUA HUA :). ok sooo straight to the point!!. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai hari guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu or dalam bahasa inggeris- nya ialah "Federal Legislative Council" telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kite. Dokumen yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. sooo Hari Guru disambut pada tahun 1972 dengan tema "PERANAN GURU DALAM PEMBANGUNAN NEGARA"  itu je la sedikit sebanyak yang mampu dikongsikan.. sharing is caring kan? :) 


Sempena tarikh keramat kita marilah kite sama-sama menghargai golongan pendidik yang dah bersusah payah mengajar kita, tanpa guru atau pendidik siapalah kita... betol tak? *angguk-angguk, geleng-geleng hahaha.. so alhamdulillah dengan berkat doa restu para pensyarah di Universiti Teknologi Mara, Melaka (UiTM) dan juga bekas guru saya di Sekolah Menengah (P) Methodist Kuala Lumpur i managed to finish my study in Diploma in Public Administration..yeaaayyyy HARI JUBAH
bakal menyusul insyallah.... **excited, excited.. nak tangkap gambar pakai jubah sendiri ok.. hasil penat lelah, and sampai semput-semput nak dapat diploma.. belom kire nangis mcm orang tangkap leleh..:O. *gile hyperbola aku punya ayat haha..orang mesti cakap, "eleh setakat diploma jer pun tuh pun nak kecoh" hey kalo kau tau betapa susah nak dapatkan diploma kau takkan cakap macam tuh.. dalam process kita belajar, susah senang tuh standard la... kalo diploma tuh senang sangat tak de la orang fail dekat universiti ok.. that's why golongan pendidik sangatt laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa diperlukan untuk mendidik anak bangsa menjadi seseorang yang berguna in the future ok... we as a student, we need to respect them as a people who gives us knowledge.. kire pangkat cikgu nie lebih kurang pangkat mak ayah la bile kite kat sekolah or universiti.. sebab tuh la bile ilmu dia tak berkat sampai bile-bile pun apa yang kite belajar susah nak masuk and ilmu yang diorang ajar tuh takkan berkat sehingga la korang mendapat kemaafan dari diorang.. *ok insaff dah...  :(

INGAT TAK? masa kita belajar dulu, kite suka bagii alasan untuk tidak dimarahi oleh cikgu-cikgu kite? alasan bile kene hantar kerja sekolah "cikgu saya mintak maaf, saya terlupa nak bawak buku, tapi saya dah siap dah" kalo tak pun "cikgu semalam rumah saya tak de letrik, jadi saya tak boleh nak siapkan keje sekolah" haha inilah alasan yg selalu kite buat bile kite tak siapkan keje sekolah..so before i end...terimalah rentetan..wah gituuuuu..."perasaan dan ucapan untuk para pendidik" :) :

BENCI? Tidak
Takut? Tidak
Bosan? Juga Tidak
Jadinya apa?

Sayang?Ya!! Teramat!!
Hormat? Ya!! Sudah tentu!!
Teruja? Ya!! Sangat mengujakan.
Tetapi untuk siapa?

Pendaki gunung?
Pereka fesyen?
Pegawai polis?
Ahli bomba?
Pemuzik?

Tidak, Tidak, Tidak dan Tidak!!

GURU?
CIKGU?
PENGAJAR?
PENDIDIK?
PENSYARAH? 
Ya, seratus peratus ya!!
Terima kasih dari hati buatmu, 
Dikau permulaan buat semuanya.

tak mampu nak bg card, cukuplah sekadar ingatan tulus ikhlas :)

meet my lecturer miss anne.. opss sorry dah tukar status madam anne.. and beliau sedang berbadan dua :). muke madam anne macam budak2.. nampak macam yg lectrer *cetttt perasan :p

meet our beloved lecturer cik yatt... this is our last class for subject PAD 252 :) 


barisan pensyarah FSPPP (FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI) dari kiri madam anne, madam suhaiza, madam zarina, mr arm, madam asmidar and madam suzy :) love u all.. 




No comments:

Post a Comment