Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang mampu tersenyum tatkala ujian menikam. Agar mereka yang lain mampu mengerti bahawa indahnya senyuman disaat teruji.
Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang masih bersyukur biarpun dihimpit kekurangan. Kerana aku mahu mereka merasai nikmatnya ketenangan dalam kesederhanaan.
Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang mampu memberi apapun. Meskipun hanya secebis harapan & senyuman. Kerana aku mengerti bahawa manusia seperti juga aku, menagih sebuah harapan & semangat dalam menuju menggapai sebuah impian.
Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang layak mengasihi, menyayangi & mencintai apapun ada disekelilingiku. Sehinggapun jika aku dibenci kerana aku tahu bahawa kasih sayang adalah nadi buat mereka untuk terus melangkah.
Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang sahabat buat sahabatnya yang lain. Seorang sahabat yang mampu menilik 1001 rahsia kedukaan yang di pendam disebalik kerlipan redup matanya tatkala sahabatnya tak mampu bersuara.
Seorang sahabat yang bisa mendengar bisikan hati tatkala sahabatnya tak mampu berbicara walau sebaris kata. Seorang sahabat yang bisa memegang erat tangan sahabatnya ketika sama-sama meniti di atas titian menuju jannah.
Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang anak buat ibu ayah & cikgu. Seorang anak yang dapat menginfakkan manfaat buat mereka di akhirat kelak. Agar kesemua mereka tergolong dikalangan hamba-Nya yang bakal mengatur langkah kebahagiaan di atas titian menuju syurga bersama sebuah senyuman ketenangan.
Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang isteri buat seorang suami. Seorang isteri solehah yang bisa membawa si suami berada dikalangan mereka yang soleh.
Tergolong di dalam keramaian bapa mithali & hamba yang tawadu' di syurga nanti. Kerana aku mahu dia merasa kemanisan itu. Jika bukan di dunia, Insha Allah di syurga sana.
Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang hamba yang sentiasa merasa hina di hadapan Tuhannya. Seseorang yang tidak lokek mengalirkan air mata di atas tikar keinsafan. Seorang hamba yang tak akan pernah takut untuk kehilangan apa kerana Tuhannya. Seseorang yang bila matinya nanti, mampu menghidupkan jiwa mereka yang masih bernyawa.
Aku bercita-cita menjadi seseorang. Seseorang yang Dia kenali meskipun tiada siapa pun pernah mendengar derap langkahku hatta hembus nafasku tatkala jantungku masih rapi berdegup.
Dan jika Dia mengizinkan,
aku mahu menjadi seseorang itu. Seseorang buat seseorang yang lain. Seseorang itu yang bukan lagi bergelar orang-orang ini yang hanya mampu bergerak ke sana & ke mari apabila dihembus angin.
Moga Allah redha. :)
i'm still keep it for someone to make my life complete... :) and letakkan ALLAH yang pertama dalam hati kita, insyallah Allah akan beri yang terbaik untuk kita...
Anta ma’a man ahbabta
- Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai ♥
credit to:
izyan from allahseeker.blogspot.com
and this pic is sehari selepas last kelas sebelum final exam bermula, my bestfriend since sekolah rendah..and future to be a doctor. and thank u for inviting me to go to your sister wedding... and seriously i'm glad to see u..u still the same person like always.. good luck in everything u do. be happy, awesome, and make your parents proud to you :)
LASTLY!!!!!!! FOR OUR REMINDER

No comments:
Post a Comment