Friday, 15 August 2014

Bicara dengan Hati pasti sampai ke Hati :)

Assalamualaikum, jawab sayang, x jawab dosa :p hehehe,

Bersyukur masih dikurniakan badan yang sihat, otak yang cerdas, dan masih lagi hyper *eh heheh.. based on the title of my post "BICARA DENGAN HATI PASTI SAMPAI HATI" ye la, cube kite fikir, and kite muhasabah diri kite yang serba hina, banyak sangat kekurangan, banyak sangat dosa yang kita buat pernah tak anda terfikir, kadang kadang bila kita cakap guna mulut tanpa memikirkan keadaan sekeliling, ianya umpama ucapan yang masuk telinga kanan and keluar telinga kiri, langsung tak terkesan... tapi bila kite bicara dengan hati contoh macam dengan secebis doa, mesti bende tuh akan beri kesan pada seseorang tuh.. 

Today i would like to talk about friendship... actually what is friend? kawan nie banyak definisi, kawan susah senang, kawan gelak-gelak, kawan suka-suka.. Aku tak kata aku baik, aku pun pernah "dilabel" lebih teruk dari tuh....aku x malu, sebab itu mungkin aku yang dulu, tak pe la, maybe dulu aku khilaf.. aku tak sedar.. it's ok i take it as a good thing untuk ubah perangai kita yang mana tak elok. tapi as we know, bila kite berubah orang still akan judge kite macam tuh, it's ok kita hidup memang tak boleh nak puaskan manusia, dari kita nak puaskan manusia, pernah tak kita takot apa yang akan jadi bila kita x ikut apa yang Allah suruh *ok deep giler... mungkin kite takot bila kite buat macam tuh, mcm nie, kawan-kawan kite x nak tak nak kawan dengan kite.. tapi sebelum tuh kite kene fikir, adakah tindakan yang diorang buat tuh mendatangkan murka kepada Allah, kalo rasa mendatang murka atau kesan yang tak baik, let it go...macam dalam cerita frozen hehehe.. :p.bende nie untuk peringatan untuk diri kite jugak.. to my lovely friends out there, this is for you..

Sahabat yang soleh
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata


Sahabat yang soleh
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan


Sahabat yang soleh
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa

Sahabat yang soleh
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu


Ketahuilah
Sahabat yang soleh sangat menyayangi akan sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar & tersasar
Dari cinta & redha Ilahi


Sahabat yang soleh
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah

Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran


Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara

Sahabat yang soleh
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan


Sahabat yang soleh
Malunya mengatasi perawan
Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan


Sahabat yang soleh
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan

Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan


Sahabat yang soleh
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati 
(izyan,2011)

the.end :)



No comments:

Post a Comment