OK! tarik nafas dalam-dalam dan mula menaip. Rasa dah terlalu lama tak menaip, rasa macam dah berhabuk habuk blog gue nie. hahaha. Bukan tak nak menaip, tak de masa nak menaip, dengan kekangan internet, dan kekangan sebagai pelajar tahun akhir. dan insyallah kalo tak de halangan bulan 7 nie mungkin merupakan bulan akhir saya bergelar sebagai pelajar ijazah sarjana muda :). Orang kata orang amik ijazah nie memang susah, memang sibuk ye la dengan research lagi, subjek yang heavy se heavy pengangkat berat.. haaaaa amik kau.
Rasa tahun akhir nie banyak bagi pengajaran, pengalaman, dan juga one wake up call jugak untuk diri sendiri. Kadang kadang aku takut, aku takut dengan manusia yang selalu angkuh dengan diri sendiri, merasa diri mereka terlalu hebat, terlalu besar, sehingga mereka lupa sedangkan Nabi boleh mengampunkan umatnya. memang la kau bukan Nabi, tapi tak salah mencontohi sesuatu yang baik... Pelik bin Ajaib. satu kesalahan boleh MERAGUT semua dan seluruh kebaikan seorang manusia....
Tak tahu macam mana nak lembut kan hati manusia yang sememangnya keras seperti BATU. tapi ingatlah, what you give, you get back......Memang sifat manusia itu sendiri tidak pernah puas, mungkin dengan melihat kejatuhan orang lain kau akan terenyum bangga dan mungkin kau rasa mungkin itu disebabkan dosa-dosa dia. Tapi pernah tak kite cermin diri kite plak, kite asyik sibuk dengan dosa orang lain, tapi tak pernah sibuk dengan dosa sendiri...
Recently, ade on the phone dengan seorang kawan yang sememangnya sentiasa dan selalu dekat di hati, walaupun jauh, rindu tuh selalu ade... Cerita di mulakan satu persatu, yes memang kisah aku dijadikan bahan rujukan dia. Sebab apa yang terjadi pada diri aku, terjadi pada dirinya. malah lebih teruk aku rasakan. Aku amik iktibar, Aku amik sebagai one wake up call yang baik untuk berubah ke arah yang lebih baik. Seorang kawan yang baik bukan sahaja mampu mendengar masalah sahabatnya sahaja, tetapi mampu menasihati kawannya ke arah sesuatu yang lebih baik. mungkin masalah yang kite ade, tak semua boleh di ceritakan pada isi bumi sebab ape? sebab takut mungkin bende tuh boleh membuka aib kite sendiri...
Bukak lembaran baru, bukak buku baru. aku pun nak bukak buku baru...Aku juga seorang pendosa, tapi jgn benci aku, tapi benci pada dosa aku. Aku juga seorang manusia yang sememangnya banyak kekurangan.
"Berubah menjadi yang lebih baik walaupun dicaci atau kawan-kawan tidak dapat terima perubahan kita. Maybe di mata mereka, mereka tidak terima, tetapi di mata Allah?
Allah Maha Mengampuni hamba-hambanya.
Sebelum matahari terbit di sebelah Barat, kita banyak-banyak lah beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah kerana selepas itu, tiada lagi pengampunan yang diterima.
Kita ada waktu sekarang dan gunakanlah sebaik-baiknya. Kita dah tiada masa yang lepas.
Kita hanya boleh berdoa agar dosa-dosa yang lepas diampunkan oleh Yang Maha Mengampuni."
- Hilal Asyraf.
JOM MUHASABAH...
:)
T.H.E .E.N.D


No comments:
Post a Comment